suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Tolong Bunuh Anak-Anak Saya'

Tofazzal (kanan) bersama anak-anaknya.

DHAKA: Seorang lelaki di Bangladesh merayu kepada kerajaan untuk memberi kebenaran supaya 'membunuh' anak dan cucu lelakinya yang tidak mempunyai harapan untuk sembuh.

Tofazzal Hossain menulis surat permohonan itu kepada kerajaan tempatan agar menamatkan nyawa tiga anaknya yang berusia 23, 13, dan lapan tahun menggunakan ubat.

Ketiga-tiga anaknya itu menderita penyakit otot yang serius atau dikenali sebagai Duchenne Muscular Dystrophy, yang menyebabkan otot mereka lemah dan semakin teruk dari masa ke semasa.

Permohonan Tofazzal itu mencetuskan perdebatan tentang amalan eutanasia atau langkah mematikan individu bagi meringankan penderitaan, di negara tersebut.

Bagaimanapun amalan eutanasia dilarang oleh undang-undang sekular dan agama di Bangladesh.

"Saya sudah menjaga mereka bagi tempoh yang lama dan mendapatkan rawatan di Bangladesh serta India.

"Saya menjual kedai untuk menampung kos rawatan dan kini saya sudah kehabisan wang," katanya.

"Kerajaan perlu membuat keputusan untuk menentukan nasib dan penderitaan mereka.

"Mereka tidak mempunyai harapan untuk sembuh dan saya tidak sanggup menanggungnya lagi," katanya.

Malah Tofazzal telah memberitahu hasratnya itu kepada anak-anaknya tetapi mereka tidak memandang serius tentang permohonan tersebut.

Doktor yang merawat keluarga Tofazzal, Mahbubul lama berkata, kes itu melibatkan soal kemanusiaan.

"Semua pihak perlu tampil untuk memberikan bantuan," katanya.

Bangladesh, Tofazzal Hossain

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain