suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salahkan Angin Akibat Disaman Langgar Had Laju

HAL KECEMASAN, tergesa-gesa ke tandas dan tidak nampak papan tanda merupakan alasan biasa yang diberikan pesalah trafik apabila ditahan kerana melakukan kesalahan melanggar had laju.

Namun bagaimana dengan alasan angin sebagai punca kenderaan anda menjadi laju?

Seorang pemandu di Australia Barat memberi tahu polis bahawa angin perlu disalahkan selepas dia ditahan kerana memandu lebih 16 kilometer sejam daripada di zon had laju 109 kilometer sejam.

Surat saman itu yang dikongsikan dalam laman sosial Twitter milik polis tempatan menunjukkan alasan pemandu tersebut yang bertulis, "Angin menolak (kereta) saya."

Dalam kapsyen gambar tersebut, pihak polis menyifatkan alasa tersebut sebagai alasan paling melucukan yang pernah mereka dengari.

Pemandu tersebut dikenakan denda sebanyak AUS$200 (RM600) atas kesalahan tersebut yang dilakukan pada 23 Januari lalu.

Saman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain