suria

Bayi Dijadikan Pengebom Berani Mati

ABUJA: Pasukan keselamatan Nigeria mendedahkan modus operandi terbaharu kumpulan pengganas di negara itu yang sanggup menggunakan bayi dalam serangan berani mati.

Perkara itu diketahui selepas dua wanita yang meletupkan diri dalam serangan berani mati di Madagali pada 13 Januari lalu, mengorbankan dua bayi dan empat mangsa lain.

Siasatan pihak berkuasa mendapati, dua wanita berkenaan mengaburi pusat pemeriksaan keselamatan dengan membawa bayi supaya disangka mereka merupakan orang awam dan tidak berbahaya.

Walaupun pengebom wanita sering digunakan dalam serangan sebelum ini, tetapi teknik menggunakan bayi merupakan ancaman yang serius kepada keselamatan negara itu.

Serangan terbabit dipercayai didalangi oleh militan Boko Haram.

Pada 2015, insiden yang sama berlaku di pekan terbabit yang menyaksikan dua wanita meletupkan diri di pusat pemeriksaan selepas ditahan anggota keselamatan.

Tahun lalu, seramai 45 orang terbunuh dalam serangan berani mati di sebuah pasar yang sibuk di pekan tersebut.

Nigeria, Boko Haram

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain