suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kembar Siam Bercantum Kepala Selamat Dipisahkan

Anias dan Jodan selamat dipisahkan selepas menjalani pembedahan selama 20 jam di Hospital Montefiore dekat Chicago sejak 13 Oktober 2016. - MAIL ONLINE

CHICAGO: Sepasang kembar siam di Amerika Syarikat (AS) selamat menjalani pembedahan selama lebih 20 jam memisahkan kepala yang bercantum pada Jumaat.

Anias dan Jadon Mcdonald, 13 bulan, menjalani pembedahan tersebut di Hospital Montefiore dekat Bronx, Chicago sejak Khamis.

Menurut pakar bedah mengetuai operasi pembedahan itu, Dr. James Goodrich berkata, keputusan yang dicapai setakat ini sangat mengagumkan apabila pasangan kembar itu dipisahkan.

Namun Goodrich mengakui ketika pembedahan itu dilakukan, beliau mempertimbangkan untuk menghentikan prosedur selepas mendapat banyak tisu yang dikongsi oleh pasangan kembar itu walaupun pihaknya menggunakan teknologi tiga dimensi (3D) sebagai persediaan.

Jelasnya, setiap kali tisu yang bercantum dipotong, kadar degupan jantung dan tekanan darah Anias mula menurun.

"Tetapi saya berjaya memastikan tiada perkara buruk berlaku.

"Jadon terlebih dahulu keluar dari wad kira-kira pukul 7 pagi manakala Anias kekal dalam bilik pembedahan sehingga pukul 1 petang," katanya.


Sumber berita: http://www.dailymail.co.uk/health/article-3838409/Out-surgery-Twin-boys-conjoined-head-finally-separate-20-hour-op-veteran-surgeon-stopped-half-way-through.html

Kembar Siam, Bercantum Kepala

Artikel Sebelum

Libya Mati Bersama Gaddafi

Artikel Lain