suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Samseng Curi Lembu Guna Kereta

GUJARAT: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengesan tindakan sekumpulan samseng di Gujarat mencuri lembu dengan memasukkan haiwan itu dalam sebuah kereta.

Polis kini sedang giat memburu samseng itu yang melarikan diri menggunakan kenderaan sama.

Rakaman CCTV turut menunjukkan bagaimana salah seorang anggota kumpulan itu bergelut dengan haiwan itu dengan memusing kepala lembu itu ketika menolaknya ke dalam kereta hitam itu.

Menurut portal berita tempatan, lembu itu menjadi sasaran kumpulan itu selepas ia didapati berkeliaran di kawasan sunyi.

Video yang dapat ditonton menerusi YouTube itu telah mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan.

Polis kemudiannya menjejaki kereta itu dan menahan seorang lelaki yang ketika ini sedang disoal siasat, lapor Daily Mail.

Lembu yang hilang itu bagaimanapun belum dapat dikesan.

The Times of India melaporkan, kejadian itu semakin berleluasa kebelakangan ini dan ribuan lembu dilaporkan  hilang di seluruh negara itu.- The Straits Times/Asia News Network

Curi Lembu, CCTV

Artikel Berikut

Artikel Lain