suria

Akibat Dendam, Lidah Dipotong

Gambar ihsan IndiaToday.

PATNA: Seorang lelaki mengalami detik-detik mengerikan dalam hidupnya apabila diculik di Bihar dan lidahnya dipotong ketika perarakan keagamaan yang berlangsung di Maner, kira-kira 35 kilometer dari sini.

Mangsa yang juga seorang juruteknik dikenali sebagai Pawan Kumar.

Insiden itu berlaku apabila lima penjenayah termasuk tiga yang dikenali mangsa menculiknya pada Selasa.

Mangsa dibelasah sebelum lidahnya dipotong dan kemudian meninggalkan Pawan di depan rumahnya, sebelum kelima-lima penjenayah melarikan diri.

Apabila disoal siasat polis, mangsa mengakui kejadian itu berlaku kerana masalah peribadi dan dendam antaranya dengan tiga penjenayah berkenaan.

"Saya ada masalah peribadi dengan mereka. Ketika kejadian saya sedang bekerja. Selepas diculik mereka memotong lidah saya," katanya.

Pihak polis bagaimanapun masih tertanya-tanya punca kejadian itu kerana hanya mengetahui mengenai tindakan sekumpulan penjenayah itu menerusi laporan media.

"Saya mengetahuinya menerusi laporan media. Siasatan kejadian itu akan dijalankan dan ketika ini keterangan mangsa sudah diambil," kata Inspektor di Balai Polis Maner, Md Akramul Haq.

Susulan kecederaan yang dialaminya, Pawan mendapatkan rawatan di hospital swasta di Danapur.

Setakat ini, polis telah memfailkan kes berkenaan dan memburu lima suspek bagi membantu siasatan kes itu.




Bihar, Pawan Kumar, lidah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain