suria

Samsung Gantung Pengeluaran Galaxy Note 7

SEOUL: Syarikat elektronik gergasi Korea Selatan, Samsung Electronics dilapor menggantung buat sementara pengeluaran produk telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 susulan kekerapan kes gajet itu terbakar atau meletup sejak kebelakangan ini.

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap melaporkan, keputusan itu dibuat dengan kerjasama pihak berkuasa di China dan Amerika Syarikat (AS), dan beberapa syarikat telekomunikasi di AS turut menghentikan pertukaran atau penjualan Galaxy Note 7.

Bagaimanapun Samsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung laporan itu.

Samsung berdepan kesulitan untuk mengumpul semula 2.5 juta telefon pintar model tersebut yang dipercayai mengalami masalah bateri yang mudah terbakar ketika atau selepas dicas.

Meskipun telah digantikan dengan peranti baharu, namun masalah yang sama masih berlaku, sekali gus dipercayai menjadi punca syarikat tersebut menghentikan pengeluaran buat sementara.


Samsung, Galaxy Note 7

Artikel Berikut

Artikel Lain