suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden Columbia Derma Hampir AS$1 Juta Hadiah Keamanan Nobel

PRESIDEN Columbia, Juan Manuel Santos yang juga penerima Hadiah Keamanan Nobel berhasrat menyumbang ganjaran mencecah AS$930,000 kepada mangsa konflik yang berlarutan hampir setengah abad di negara itu.

Pengumuman itu dibuat Santon  ketika melawat keluarganya serta pegawai kanan kerajaan di sebuah bandar di barat Columbia di mana puluhan penduduknya terbunuh dalam konflik melibatkan puak pemberontak.

Beliau juga berjanji kepada penduduk Bojaya untuk tidak berputus asa ke arah perdamaian dengan Pasukan Tentera Revolusi negara itu walaupun pengundi menolak sebarang perbincangan dengan pihak gerila seperti mana yang dicapai dalam pungutan suara minggu lalu.

"Kamu semua adalah simbol penderitaan selama 52 tahun akibat perang dan kini konflik ini dalam proses penyelesaian.

"Mangsa konflik ini telah mengajar saya bahawa sifat memaafkan itu sesuatu yang murni kerana ia dapat mengatasi perasaan benci dan dendam," katanya.

Daripada 81 kawasan yang terlibat dalam konflik di negara itu, 67 daripadanya memilih untuk mencapai perdamaian, demikian menurut Yayasan Perdamaian dan Keamanan Bogota.

Santos diumumkan sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel pada Jumaat dan majlis rasmi untuk kemenangannya akan berlangsung 10 Disember ini di Oslo, Norway.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain