suria

Radioaktif: Terminal 3 Lapangan Terbang Delhi Ditutup

NEW DELHI: Kebocoran radioaktif dipercayai berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Gandhi di sini pada pagi Ahad, menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup operasi di Terminal 3 lapangan terbang itu.

Menurut pegawai lapangan terbang itu, radioaktif yang dikenali Molybdenum-99 bocor daripada peralatan perubatan.

Kejadian itu berlaku di terminal kargo melibatkan pesawat Air France.

Sekurang-kurangnya tujuh jentera bomba dikejarkan ke lapangan terbang itu bersama Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Nasional (NDMA) dan Pasukan Tindakan Bencana Nasional (NDRF).

Menurut Perkhidmatan Bomba Delhi, aduan diterima daripada pihak berkuasa di Terminal 3 kira-kira pukul 10.40 pagi. - The Statesman/Asia News Network

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Amukan Matthew Lumpuhkan Haiti

Artikel Lain