suria

Ditutup Hampir 48 Jam, Disney World Dibuka Semula

ORLANDO: Selepas ditutup sementara, taman tema Walt Disney World dibuka semula pada Sabtu, bagaimanapun jadual pelayaran kapal masih tidak dapat operasi berikutan Taufan Matthew yang membadai Amerika Syarikat (AS) ketika ini.

Walt Disney ditutup awal pada Khamis dan sepenuhnya pada Jumaat lalu susulan amaran supaya tiga juta penduduk berpindah dari pantai AS.

Ia adalah penutupan keempat dalam tempoh 45 tahun. 

"Pembukaan semula taman tema itu juga membolehkan orang ramai merasai keseronokkan di Magic Kingdom, Disney Springs, Hollywood Studios dan Animal Kingdom bermula pukul 8 pagi, manakala Blizzard Beach dan Typhoon Lagoon pula dibuka mulai pukul 10 pagi Sabtu, demikian menurut laman webnya. 

Selain itu, ESPN Wide World of Sports Complex masih lagi ditutup dan dijangka dibuka semula pada Ahad.

Disney World juga menolak fi pembatalan hotel dan pertukaran tarikh tempahan dan bayaran balik kepada pelanggan yang terkesan akibat penutupan taman tema itu. 

Sebelum ini taman tema itu pernah ditutup akibat taufan Floyd and Frances pada 1999 dan Jeanee pada 2004.- Agensi

Disney World, Matthew, Florida

Artikel Sebelum

Amukan Matthew Lumpuhkan Haiti

Artikel Lain