suria

Bromo Meletus, Pihak Berkuasa Larang Lawat, Mendaki

Gambaran letusan gunung Bromo yang berlaku pada Julai lalu.

JAKARTA: Letusan kecil gunung berapi Bromo di Jawa Timur mendorong pihak berkuasa Indonesia melarang pelancong terutama pendaki melawat kawasan berkenaan.

Jurucakap Agensi Bantuan Bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho berkata, larangan itu dibuat kerana bimbang berlakunya letusan lebih besar.

Menurutnya, penduduk kampung, pendaki dan pelancong tidak dibenarkan berada dalam kawasan sekeliling 2.5 kilometer gunung berkenaan.

Bromo, antara gunung berapi popular di Indonesia, menghamburkan asap beratus kilometer di udara sejak beberapa hari lalu.

Pihak berkuasa juga mengesan beberapa gempa bumi kecil atau gegaran yang berpunca daripada aktiviti gunung berkenaan.

“Gunung Bromo masih belum stabil dan dijangka letusan berterusan berlaku,” kata pegawai berkenaan.

Penerbangan ke lapangan terbang Malang yang berhampiran gunung itu turut dilencongkan ke Surabaya sebagai langkah berjaga-jaga.

Bulan lalu, pihak berkuasa memindahkan beratus-ratus pelancong dari gunung Barujari yang tiba-tiba meletus. - AFP

Bromo, Malang, gunung berapi

Artikel Berikut

Gunung Aso Letus Abu Panas

Artikel Lain