suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Florida Mangsa Terkini Amukan Matthew

MIAMI: Selepas 'amukan' di Haiti yang mengorbankan lebih 400 nyawa, Taufan Matthew membadai Florida dengan angin selaju 193 kilometer sejam selain hujan lebat.

Florida kini berdepan dengan taufan paling berbahaya sejak lebih 100 tahun lalu, bagaimanapun tahap bahayanya diturunkan kepada ribut Kategori Tiga oleh Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) Amerika Syarikat apabila kelajuan anginnya berkurangan sedikit.

Setakat ini, kawasan meliputi kira-kira tiga juta penduduk dan bandar besar seperti Jacksonville di Florida dan Savannah di Georgia yang dijangka menjadi laluan taufan itu telah diarahkan berpindah.

Kawasan awal yang dibadai membabitkan lokasi peranginan tepi pantai menyebabkan lebih 600,000 kediaman dan premis perniagaan di Florida terputus bekalan elektrik.

Sebelum ini Matthew membadai Haiti, Jamaica, Cuba, Republik Dominica.

Gabenor Florida, Rick Scott berkata, pihaknya  tidak memandang ringan apabila memberi amaran, bahawa taufan itu besar kemungkinan akan menyebabkan kematian penduduknya.

“Taufan ini amat berbahaya. Saya ingin memastikan semua orang terselamat. Kita boleh bina semula rumah. Kita boleh bina semula perniagaan. Tetapi kita tidak boleh hidupkan orang mati,” kata Scott.

Sehingga jam 5 petang (waktu Malaysia) ribut itu berada kira-kira 72 kilometer ke timur Cape Canaveral, separuh perjalanan ke semenanjung itu, tempat terletaknya Pusat Angkasa Lepas Kennedy.

Di Pantai Myrtle, pusat peranginan di Carolina Selatan yang biasanya sebok, seolah-olah berubah menjadi bandar hantu apabila pelancong memendekkan percutian dan beralih ke utara, kelmarin.

Matthew, Florida, Rick Scott

Artikel Sebelum

Gunung Aso Letus Abu Panas

Artikel Berikut

Artikel Lain