suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden Columbia Pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2016

OSLO: Presiden Colombia, Juan Manual Santos, diumumkan sebagai pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2016.

Kemenangan beliau dianggap mengejutkan selepas rakyat negara itu menolak perjanjian yang ditandatanganinya dengan gerila FARC untuk mengakhiri konflik selama 52 tahun.

Santos berjanji menyambung semula rundingan damai dengan pemberontak Marxist walaupun dalam referendum Ahad lalu rakyat Colombia menolaknya.

Ramai pengundi menganggap beliau terlalu berlembut dengan pengganas FARC.

Upacara penyampaian anugerah bernilai AS$930,000 itu akan diadakan di ibu negara Norway pada 10 Disember ini. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Lain