suria

Lakar Muka Beyonce Di Padang Rumput

LONDON: Seorang tukang kebun di England memiliki cara tersendiri untuk meraikan hari lahir ke-35 penyanyi terkemuka Amerika Syarikat, Beyonce pada Ahad.

Chris Naylor "melukis" muka Beyonce di kawasan padang rumput seluas 1,400 meter persegi dekat Great Notley Essex bagi memberi penghargaan kepada penyanyi tersebut.

Menurut portal Mail Online, Naylor menghabiskan masa selama 80 jam dalam tempoh lebih tujuh hari bagi menyiapkan hasil seninya itu.


Rakaman imej yang diambil dari udara menunjukkan kepakaran Naylor mengukur, memotong rumput, mengecat bagi memastikan lakaran wajah Beyonce di padang itu menjadi sempurna.

"Beyonce merupakan bintang muzik terkenal dunia dan apabila kami mahu menghasilkan imej yang besar, dia sesuai dijadikan model.

"Kami menghasilkan imej Beyonce di padang yang luas ini sebagai poskad hari jadi buatnya," kata Naylor.

Bagaimanapun pengunjung tidak boleh melihat keunikan poskad tersebut dari pandangan sisi tetapi perlu melihat menggunakan rakaman drone.

Berita asal: http://www.dailymail.co.uk/femail/article-3771060/Flowing-hair-big-eyes-lips-Lawn-artist-recreates-lister-s-face-field-celebrate-35th-birthday-tell-is.html

Beyonce, Minat Ramai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain