suria

Bilangan Panda Meningkat, Gorila Terancam

HONOLULU: Spesies panda gergasi tidak lagi berada dalam kategori haiwan terancam akibat kepupusan selepas populasi binatang itu meningkat sebanyak 17 peratus dalam tempoh 10 tahun.

Berdasarkan bancian Kesatuan Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN) di China pada 2014, sebanyak 1,846 panda dikesan di kawasan hutan di negara itu berbanding 1,596 ekor yang ditemukan pada 2004.

Perkembangan positif itu dicapai susulan usaha intensif kerajaan China mempromosikan kempen memulihara panda selain menguatkuasakan larangan pembunuhan panda sejak 1981.

Sementara itu, IUCN menyuarakan kebimbangan terhadap kemerosotan jumlah gorila gergasi atau dikenali sebagai gorila Grauer yang diancam kepupusan serius.

Menurut pertubuhan itu, spesies gorila terbabit kebiasaannya ditemukan di kawasan pergunungan di Republik Congo, Rwanda dan Uganda.


Namun peperangan yang berlaku di wilayah terbabit menyebabkan populasi gorila itu semakin menurun dengan anggaran 77 peratus sejak 1994 atau penurunan dari 16,900 ekor gorila kepada 3,800 ekor sahaja pada 2015.

"Sejak 20 tahun lalu, populasi spesies gorila Grauer terjejas teruk akibat aktiviti manusia termasuk menjadi mangsa pemburuan haram.

"Penurunan mendadak sebanyak hampir tiga kali ganda itu meletakkan spesies tersebut di bawah senarai kepupusan paling kritikal," jelas IUCN. - AFP

Panda, Gorila

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain