suria

Menteri Pertahanan Mali Dipecat Selepas Kampung Diserang Militan

Tieman Hubert Coulibaly.

BAMAKO: Presiden Mali, Ibrahim Boubacar Keita memecat Menteri Pertahanan, Tieman Hubert Coulibaly selepas anggota militan disyaki menyerang kampung Boni di tengah negara itu pada Jumaat lalu, menurut laporan stesen televisyen pada lewat Sabtu.

Jawatan yang disandang Coulibaly itu diganti Abdoulaye Idrissa Maiga, seorang bekas menteri bagi pentadbiran wilayah.

Maiga juga adalah pengarah kempen presiden pada pilihan raya 2013.

Pihak yang melancarkan serangan itu dipercayai terdiri daripada kumpulan militan Ansar Dine, yang bertindak membakar bangunan-bangunan milik awam dan menjadikan seorang pegawai tempatan sebagai tebusan sebelum membebaskannya beberapa jam kemudian.

Menurut saksi, tiada kematian dalam insiden itu dan kawasan berkenaan kembali dikawal oleh pihak tentera.

Pada Julai lalu, kumpulan militan itu membunuh 17 anggota tentera Mali dan mencederakan lagi 35 yang lain selepas mereka mengadakan serangan di sebuah pangkalan tentera di bandar Nampala.

Kumpulan militan Ansar Dine dan militan etnik Peul, masing-masing mendakwa bertanggungjawab melakukan serangan itu. - Reuters

Tieman Hubert Coulibaly

Artikel Sebelum

Kes Zika Di Singapura Cecah 242

Artikel Berikut

Artikel Lain