Cuaca, Penduduk Padat Punca Singapura Perlu Setahun Hapus Virus Zika - Dunia | mStar

Cuaca, Penduduk Padat Punca Singapura Perlu Setahun Hapus Virus Zika

SINGAPURA: Cuaca lembap iklim tropika dan kepadatan penduduk antara faktor Singapura diramal mengambil masa sekurang-kurangnya setahun untuk menghapuskan virus Zika.

Walaupun mempunyai peruntukan besar dan kepakaran untuk menentang wabak itu, usaha itu dijangka terbantut kerana faktor berkenaan boleh menyebabkan virus itu mudah menular.

Ramalan itu dibuat pakar dalam bidang penyakit berjangkit dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat.

Sehingga kini, sebanyak 189 orang telah disahkan dijangkiti virus Zika sejak kes pertama dikesan tujuh hari lalu di Singapura.

Virus Zika boleh menyebabkan kecacatan kelahiran yang serius apabila menjangkiti wanita hamil. Virus yang ditemui pada tahun lalu itu mula tersebar secara meluas di Brazil.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), David Heymann berkata, Singapura yang memiliki sistem kesihatan antara paling maju mampu mengenal pasti penyakit dari awal.

Singapura yang memiliki kepadatan penduduk lebih lima juta dengan kawasan hutan yang besar, selain suhu purata 30 darjah Celsius menyebabkan nyamuk mudah membiak di sini.

Lebih 11,000 kes denggi telah dilaporkan di Singapura pada tahun ini menyebabkan pihak berkuasa memberi amaran bahawa jumlah itu boleh meningkat kepada 30,000 kes menjelang hujung tahun nanti. – Reuters







Zika , Singapura , WHO

Artikel Sebelum

Gempa Bumi 6.1 Magnitud Gegar Mindanao

Artikel Berikut

Seorang Maut Nahas Kereta Api Kena Bom 20 Kg

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain