suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Singapura Terlibat Kemalangan Di Genting Highlands Kritikal

SINGAPURA: Seorang warga Singapura sedang bertarung nyawa di hospital selepas cedera dalam kemalangan bas persiaran ketika dalam perjalanan kembali ke sini dari Malaysia pada Rabu lalu.

Walaupun pada awalnya tiada kecederaan parah dilaporkan, The Sunday Times difahamkan R.Manokara, seorang tukang gunting, patah tangan dan tulang pergelangan tangan dan paru-parunya cedera.

Menurut anak saudaranya, V. Chandralekha, yang berada di hospital menemaninya di Kuala Lumpur, mangsa kini memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dia kini berada di unit rawatan rapi dan tidak sedarkan diri sejak kemalangan itu.

Manokaran, 52, bersama isteri dan dua daripada tiga anaknya pulang dari bercuti empat hari di Genting Highlands ketika bas persiaran yang mereka naiki merempuh pembahagi jalan dan terbalik di lebuh raya yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Karak.

Punca kemalangan masih disiasat.

Pemandu bas persiaran itu merupakan warga Malaysia manakala sembilan daripada 12 penumpang yang menaiki bas itu berasal dari Singapura mengalami kecederaan.

Pada waktu itu, tiada penumpang dilaporkan cedera parah.

Akibat kemalangan itu, laluan dari arah Bentong menuju ke Plaza Tol Gombak, mengalami kesesakan teruk sepanjang hampir dua kilometer.

Artikel Sebelum

Artikel Lain