suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jokowi Lupuskan Lebih 3,000 Undang-Undang Kerajaan Tempatan

JAKARTA: Kerajaan Indonesia melupuskan sebanyak 3,143 und ang-undang kerajaan tempatan termasuk 111 undang-undang yang dibawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri mulai Julai depan.

Media tempatan memetik Ketua Pengarah Kementerian Dalam Negeri Soni Sumarsono sebagai berkata undang-undang yang dilupuskan itu kebanyakannya  berkaitan dengan peraturan perniagaan dan pelaburan asing.

Katanya undang-undang yang dihapuskan itu bukan kerana ia bermasalah, tetapi kebanyakannya didapati melembabkan proses perniagaan dan pelaburan asing di samping terdapat juga yang bercanggah dengan undang-undang pusat.

Soni berkata kerajaan pusat mendapati terdapat undang-undang yang menyebabkan seseorang ahli perniagaan terpaksa berurusan dengan banyak pihak dan dengan pelupusannya membolehkan kerajaan memperkenalkan satu pusat sehenti bagi urusan pelaburan dan perniagaan.

Baru-baru ini Presiden Joko Widodo mengeluarkan arahan pelupusan beribu-ribu undang-undang kerajaan tempatan dan mahu negara republik itu memudahkan urusan perniagaan.

Saya tegaskan bahawa pembatalan (undang-undang) ini untuk menjadikan Indonesia sebagai bangsa yang besar, yang toleran dan yang memiliki daya saing, katanya.

Artikel Lain