suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Angkasawan Selamat Mendarat Selepas 189 Hari Di ISS

MOSCOW: Tiga angkasawan termasuk warga British, Tim Peake mendarat dengan selamatnya di dataran berumput Kazakh selepas menyertai misi selama enam bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Peake adalah angkasawan pertama British ke ISS, Yury Malenchenko dari Rusia dan wakil Nasa, Tim Kopra mendarat dengan payung terjun ke bumi dari kapsul Soyuz Rusia selepas berada di angkasa lepas selama 186 hari.

Video pendaratan mereka di bandar Zhezkazgan juga menunjukkan pasukan perubatan membantu ketiga-tiga angkasawan berkenaan.

"Ia sesuatu yang menakjubkan, pergembaraan yang hebat dari mula hingga akhir," kata Peake.

Beliau juga menyatakan kerinduannya kepada keluarganya dan pada masa sama akan merindui pemandangan indah ketika berada di angkasa lepas.

Trio itu terbang ke angkasa lepas dari Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan pada Disember lalu.



Tim Peake, ISS, Rusia

Artikel Lain