suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Mengaku Bersalah Cekik Budak 10 Tahun

SINGAPURA: Dia sering menemani bapanya yang berkhidmat sebagai pemandu bas SBS Transit.

Bagaimanapun pada 23 Mei lalu, Elizerbeth Chua Hui Ping, 25, berang selepas melihat seorang wanita menaiki bas yang dipandu ayahnya dengan membawa minuman.

Dia mula menjerit kepada para penumpang dan mencabar mereka untuk bergaduh.

Semasa salah seorang penumpang memintanya untuk bertenang kerana tindakan itu menakutkan anak perempuan berusia 10 tahun, Chua semakin marah lalu mencekik kanak-kanak itu.

Akibat tindakan itu, Chua ditahan dan dibebaskan dengan ikat jamin pada 7 Jun lalu.

Chua mengaku bersalah di mahkamah pada Jumaat (17 Jun) terhadap setiap pertuduhan iaitu membuat gangguan awam, sengaja menyebabkan kecederaan dan tingkah laku yang memberi ancaman kepada seorang kanak-kanak.

Dua lagi pertuduhan iaitu melakukan gangguan awam dan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita yang lebih tua, akan diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Chua diwakili peguamnya, Foo Juyuan, yang dibebaskan dengan ikan jamin $10,000 (RM30,288).

Dia akan kembali ke mahkamah pada 18 Julai depan.

Chua boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda maksimum $5,000 (RM15,144) kerana sengaja menyebabkan kecederaan. – The Straits Times/Asia News Network

Artikel Lain