suria

Polis Gagalkan Rancangan Serangan Ketika Belgium Lawan Ireland Utara

PIHAK berkuasa anti-keganasan percaya telah menggagalkan rancangan serangan yang akan dilakukan ketika Belgium menentang Ireland Utara dalam saingan Euro.

Pihak berkuasa Belgium berkata, mereka telah menggagalkan serangan tersebut dengan menahan 12 individu di Brussels.

Pasukan Belgium dijadual menentang Ireland Utara di Bordeaux, Perancis pada Sabtu.

Serangan itu dirancang akan dilakukan di ibu negara Belgium ketika orang ramai menyaksikan siaran langsung perlawanan berkenaan.

"Suspek merancang untuk lakukan serangan ketika Belgium beraksi pada hujung minggu ini.

"Mereka juga mungkin merancang untuk lakukan serangan di Brussels hari ini," kata pengulas  VTM, Farouk Özgünes.

Kesemua suspek ditahan selepas polis menyerbu 40 lokasi pada Jumaat dan Sabtu.

Seramai 40 orang juga telah dirakam keterangan mengenai rancangan itu.


Artikel Lain