suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Anggota Sekongkol Dengan Pengganas - Tentera Filipina

MANILA: Angkatan Tentera Filipina (AFP) dan polis akan memastikan tiada anggotanya yang menjadi pengintip atau pengkhianat susulan dakwaan segelintir anggota mereka bersekongkol dengan kumpulan pengganas, Abu Sayyaf.

Datuk Bandar Jolo, Hussin Amin mendakwa segelintir pegawai tentera di Sulu bersekongkol dengan Abu Sayyaf, dengan mendapat bahagian di atas wang tebusan yang dibayar kepada kumpulan pengganas itu.

"Turut terdapat sistem yang diwujudkan bagi memastikan tiada pengintip atau pengkhianat di kalangan anggota.

"Terdapat langkah-langkah untuk menangani mereka yang didapati melanggar ikrar mereka," kata AFP dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut AFP, dakwaan terhadap anggota tentera itu hanya menjejaskan usaha kerajaan untuk membanteras Abu Sayyaf.

"Tuduhan itu boleh menjejaskan usaha kerajaan untuk membanteras penjenayah ini dan kita mendapatkan pihak yang mengeluarkan kenyataan sebegitu sekiranya mereka dapat membuktikan dakwaan berkenaan," jelas AFP. – Philippines Daily Inquirer/Asia News Network

Abu Sayyaf

Artikel Lain