suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh Mayat Tanpa Kepala Ditinggalkan Tengah Jalan

CULIACAN, Mexico: Tujuh mayat tanpa kepala ditemui di sebatang jalan luar bandar di Sinaloa, iaitu kawasan kartel dadah, pada Jumaat.

Mangsa yang berusia antara 22 hingga 49 tahun itu dipercayai telah ditembak mati sebelum kepala mereka dipenggal.

"Kesemua mayat telah dipenggal dan dibiarkan di atas jalan," Timbalan Pendakwa Raya, Martin Robles pada sidang media.

Jelasnya, mangsa yang tidak mempunyai rekod jenayah dikesan hilang pada 13 Jun lalu selepas pulang dari kerja.

Robles berkata, pembunuhan itu mungkin sebagai balasan kepada pihak berkuasa yang menghantar pasukan keselamatan ke kawasan berkenaan pada 11 Jun lalu.

Sinaloa merupakan tempat operasi kartel dadah dan kampung kelahiran raja dadah Mexico, Joaquin “El Chapo” Guzman.

Keluarga El Chapo dilapor masih berada di kawasan tersebut dengan menjadikan dadah sebagai perniagaan utama.

Mexico

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain