suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

5,000 Tentera Diarahkan Buru Abu Sayyaf Di Sulu

Pasukan tentera Filipina diarahkan ke Sulu bagi memburu kumpulan Abu Sayyaf.

ZAMBOANGA CITY: Sekurang-kurangnya 5,000 anggota tentera Filipina diarahkan ke Sulu bagi memburu kumpulan Abu Sayyaf yang memenggal kepala dua warga Kanada dalam tempoh dua bulan.

Jurucakap Tentera Filipina di Mindanao Barat, Mejar Filemon Tan berkata, semua sumber tenaga dari darat, laut dan udara akan terlibat dalam operasi Sulu.

Beliau berharap tentera dari semua angkatan itu seperti Marin Filipina, Tentera Darat, Tentera Udara dan Tentera Laut, serta pelbagai sokongan anggota lain lagi akan terlibat dalam operasi di Sulu.

Bagaimanapun Tan enggan menyatakan ia sebagai operasi besar-besaran walaupun membabitkan 5,000 anggota.

"Kita menumpukan kawasan yang dikaitkan dengan kumpulan Abu Sayyaf. Kita akan pergi ke komuniti yang menyediakan perlindungan kepada kumpulan bersenjata.

"Terdapat beberapa kawasan yang disasarkan," katanya.

Bagaimanapun, jurucakap Abu Sayyaf, Abu Raami berkata, mereka akan menyukarkan operasi anggota tentera untuk menjejaki mereka.

"Kita tahu selok-belok keadaan di sini," katanya.

Setiap kali pasukan tentera memburu anggota Abu Sayyaf, kata Raami, mereka akan berlindung, mematikan komunikasi dan bersembunyi. – Philippines Daily Inquirer/Asia News Network

Abu Sayyaf

Artikel Lain