suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kotak Hitam EgyptAir Ditemui

Gambar hiasan.

KOTAK hitam yang mengandungi perakam suara kokpit bagi pesawat EgyptAir yang terhempas di Laut Mediterranean telah ditemui dan dibawa keluar dari dasar laut.

Jawatankuasa siasatan berkata, kotak hitam itu telah rosak tetapi pasukan mencari berusaha untuk menyelamatkan unit memori yang merupakan bahagian paling penting dalam perakam tersebut.

Perakam berkenaan diambil secara berperingkat dan dipindahkan dari kapal ke bandar pelabuhan Alexandria di Mesir.

Ia kemudiannya akan diserahkan kepada jawatankuasa untuk menganalisis data.

Pengumuman mengenai penemuan kotak hitam itu susulan kapal operasi mencari dari Perancis menemui bangkai pesawat.

Pesawat Airbus A320 terhempas pada 19 Mei lalu semasa dalam penerbangan dari Paris ke Kaherah, mengakibatkan kesemua 66 orang terbunuh. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain