suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abu Sayyaf Ancam Lagi Penggal Kepala Tebusan

Dua tebusan warga Kanada, Robert Hall (kiri) dan John Risdell dipenggal kepala oleh kumpulan Abu Sayyaf. Foto - The Philippine Inquirer/ANN

ZAMBOANGA CITY: Nyawa dua lagi tebusan Abu Sayyaf iaitu seorang lelaki warga Norway dan seorang wanita warga Filipina seperti telur di hujung tanduk apabila kumpulan penculik itu memberi amaran akan melakukan satu lagi pemenggalan kepala sekiranya kerajaan di negara mangsa gagal membayar wang tebusan berjumlah P600 juta (RM53 juta).

"Kita akan memuat naik video baharu tidak lama lagi bagi memberi 'amaran terakhir'. Tak ada wang tebusan, akan ada penggal kepala lagi," kata jurucakap Abu Sayyaf, Abu Raami kepada Inquirer menerusi panggilan telefon.

Pada Isnin lalu, kumpulan penculik itu memenggal kepala tebusan warga Kanada, Robert Hall selepas wang tebusan yang dituntut tidak diserahkan kepada mereka.

Seorang lagi warga Kanada, John Ridsdel mengalami nasib yang sama pada 25 April lalu. – The Philippine Daily Inquirer/Asia News Network

Abu Sayyaf

Artikel Sebelum

Artikel Lain