suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Tiada Seorang Pun Patut Dibuli Kerana Seksualiti Mereka" - Putera William

"TIADA seorang pun yang patut dibuli kerana seksualiti mereka," kata Putera William dalam satu temuramah sebagai penghias kulit majalah gay, Attitude.

Putera William merupakan kerabat diraja pertama yang muncul sebagai penghias kulit depan majalah gay.

Pada kulit hadapan majalah itu memaparkan kenyataan beliau: "Tiada seorang pun yang patut dibuli kerana seksualiti atau apa sebab lain."

Bercakap kepada majalah gaya hidup untuk komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) itu, Putera William menyuarakan pandangannya tentang senario kini yang melanda golongan itu.

Beliau menyeru golongan muda yang dibuli kerana seksualiti mereka supaya mendapatkan bantuan.

Duke of Cambridge itu pada Selasa mendedahkan bahawa beliau bakal muncul dalam sebuah majalah gay.

Pendedahan itu dibuat selepas beliau menandatangani buku ucapan takziah terhadap mangsa insiden tembakan di kelab malam gay di Orlando, semasa membuat kunjungan di kedutaan Amerika Syarikat (AS) di London.

Insiden tembakan pada awal pagi Ahad lalu mengakibatkan 49 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera. - Mail Online

Putera William, Attitude

Artikel Berikut

Artikel Lain