suria

Abu Sayyaf Dedah Video Ngeri Penggal Kepala Robert Hall

PETALING JAYA: Kumpulan Abu Sayyaf mendedahkan klip video ngeri tawanan Kanada, Robert Hall yang kepalanya dipenggal.

Rakaman video tersebut menunjukkan dua militan berdiri di sisi Hall yang duduk melutut dengan berlatar belakangkan bendera militan Negara Islam (IS).

Video berdurasi 90 saat itu seperti dirakam di dalam hutan.Kali terakhir, Hall dilihat memakai baju -T bewarna oren dan berseluar hitam manakala kedua-dua belah tangannya diikat ke belakang.

Salah seorang militan di selah Hall memegang sebilah pisau rambo, manakala sebelah tangannya lagi menarik kepada Hall.

Dalam video itu juga menyaksikan seorang lagi anggota militan memakai topeng muka, berdiri sambil membaca sesuatu dalam bahasa Arab, dalam tempoh 45 saat.

Selepas itu, Hall dipaksa meniarap dan memenggal kepalanya. Ketika itu, kedengaran Hall mengerang kesakitan.

 


Selepas itu kelihatan kepala hall diarak di depan video sambil mendengar jeritan Allahu Akbar beberapa kali.

Video tersebut dipercayai dirakam di  Jolo, Selatan Filipina.

Pada Isnin, Abu Sayyaf mengugut untuk memenggal kepala Hall pukul 3 petang jika tidak menerima wang tebusan.

Kepala hall ditemui di dalam sebuah beg plastik di kawasan bandar Jolo.

Hall,68,  merupakan rakyat Kanada yang kedua dibunuh selepas John Ridsdel menjadi mangsa kumpulan itu pada April lepas setelah gagal membayar wang tebusan yang diminta.  

Risdel, Hall dan teman wanita Filipinanya, Marites Flor, serta warga Norway, Kjartan Sekkingstad, telah diculik semasa serangan ke atas Oceanview Resort di Pulau Samal, yang terletak di selatan Mindanao, pada September lepas.
Robert Hall, Abu Sayyaf

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain