suria

Vokalis Bertindak Ganas, Pesawat Dilencong Ke Perancis

Rakaman menunjukkan vokalis The View diiring polis keluar dari pesawat.
TINDAKAN ganas vokalis kumpulan indie Britain, The View mengakibatkan pesawat dari Sepanyol terpaksa dilencongkan ke Perancis.

Kyle Falconer, 29, didakwa berkelakuan sedemikian selepas dipindahkan ke kerusi lain jauh dari tempat duduk teman wanitanya.

Penyanyi itu dipercayai berang kerana tidak dapat duduk bersama teman wanitanya dalam penerbangan Jet2 dari Reus, Sepanyol ke Glasgow, United Kingdom.

Memetik laporan Daily Record, penyanyi berkenaan didakwa ditahan selepas bertindak ganas dan menimbulkan kekecohan terhadap kru kabin dan penumpang.

Pesawat dalam penerbangan ke Glasgow itu terpaksa dilencongkan ke Nantes, Perancis.

Penyanyi berusia 29 tahun itu kemudiannya ditahan sebaik tiba di lapangan terbang. 

Menurut syarikat penerbangan Jet2, pihaknya merancang untuk menuntut ganti rugi daripada bintang itu. - Mail Online


Artikel Lain