suria

Pesawat Era Perang Dunia Kedua Terhempas

Pihak berkuasa melakukan pencarian ke atas bangkai pesawat era Perang Dunia Kedua yang terhempas di New York. Foto Reuters

NEW YORK: Sebuah pesawat era Perang Dunia Kedua terhempas di Sungai Hudson di Manhattan, New York pada pagi Sabtu.

Menurut polis, pihak berkuasa berjaya menyelamatkan juruterbang di lokasi kejadian.

Polis Negeri New Jersey, Sarjan Jeff Flynn berkata, pesawat itu terhempas di Manhattan, beberapa kilometer selatan dari Jambatan George Washington pada kira-kira pukul 7.30 malam Jumaat (7.30 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Beliau berkata, seorang juruterbang lelaki yang merupakan satu-satunya berada dalam pesawat itu diselamatkan dari sungai dan dibawa ke hospital kerana mengalami beberapa kecederaan ringan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan berkata, pesawat itu merupakan P-47 Thunderbolt dan salah satu daripada pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Republik di Farmingdale, New York.

Flynn berkata, pesawat itu berada di kawasan itu sempena 'Fleet Week', sambutan terhadap anggota tentera udara Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung selama seminggu.

Satu siasatan dilancarkan berhubung punca nahas. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain