suria

Lelaki Rancang Letupkan Lapangan Terbang Heathrow Dipenjara 40 Tahun

Ming Quang Pham didakwa merancang untuk melancarkan serangan bom di Lapangan Terbang Heathrow, London.

SEORANG warga United Kingdom (UK) yang didakwa merancang untuk meletupkan Lapangan Terbang Heathrow di London, dihukum penjara selama 40 tahun di Amerika Syarikat (AS). 

Ming Quang Pham dihukum penjara kerana menyokong kumpulan militan Al-Qaeda selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan berhubung aktiviti berkaitan keganasan.

Lelaki itu dilaporkan bekerja di salah satu cawangan restoran makanan segera McDonald's tetapi berniat untuk melancarkan pembunuhan beramai-ramai.

Kertas mahkamah AS mendakwa, dia dipercayai dilatih secara persendirian oleh seorang pemimpin Al-Qaeda bagi melancarkan serangan bom berani mati di Lapangan Terbang Heathrow.

Pham, 33, didakwa diarahkan untuk membawa beg sandang yang mengandungi bom dan menyasarkan para penumpang yang tiba dari Amerika dan Israel di balai ketibaan lapangan terbang.

Pham ditahan di UK pada 29 Jun 2012 dan kemudiannya diektradisi ke AS pada 26 Februari tahun lalu. - MIRROR


Heathtrow, Al-Qaeda, Ming Quang Pham

Artikel Lain