suria

Pesawat Nyaris Dilanggar Dron

Dron. - gambar hiasan

SEORANG juruterbang melalui detik cemas apabila pesawat Boeing 757 yang dipandunya nyaris dilanggar sebuah dron dekat Lapangan Terbang Manchester.

Menurut satu laporan, juruterbang berkenaan terkejut apabila mengesan satu objek sejurus berlepas.

Ketika kejadian berlaku, dia sedang melakukan pusingan ke kanan pada ketinggian 1,500 kaki.

Menurut lembaga keselamatan udara United Kingdom (UKAB), dron tersebut dikesan terlalu hampir dengan pesawat apabila terbang hanya kira-kira 15 meter atas dan 30 meter ke kiri.

Golongan pakar bersependapat bahawa kejadian itu mencetuskan risiko perlanggaran dan insiden itu diletakkan sebagai kategori risiko paling serius.

Mesyuarat bulanan UKAB mengesan sejumlah enam kes membabitkan dron nyaris terkena pesawat.

Antara kes tersebut berlaku dekat lapangan terbang Heathrow, Glasgow dan Newscastle. - MIRROR

dron

Artikel Lain