suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bot Karam: Pengantin Baharu Terbunuh

SEORANG wanita British yang sedang berbulan madu bersama suaminya terbunuh selepas terlibat dalam nahas bot laju di Thailand.

Monica O'Connor dari Manchester melancong bersama suaminya, Tim ke Koh Samui, sebelum bot yang membawa 30 penumpang lain itu karam.

Antara warga asing yang terkorban ialah seorang lelaki Jerman dan wanita dari Hong Kong.

Bagaimanapun suami wanita berusia 28 tahun itu dilapor terselamat dalam nahas tersebut.

Beberapa hari sebelum kejadian, pasangan berkenaan mengadakan majlis perkahwinan yang dimeriahkan oleh rakan dan keluarganya.

Monica

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.30 petang waktu tempatan.

Selain pasangan Monica, satu lagi pasangan pengantin baharu turut terlibat dalam kemalangan itu.

Bagaimanapun Parnell dan isterinya Puja (gambar bawah) terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Thailand, Koh Samui

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain