suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekawan Lebah Hurung Bonet Kereta

SEORANG wanita di Wales telah 'diganggu' oleh sekawan lebah yang mengerumuni keretanya selama dua hari dipercayai gara-gara seekor ratu lebah ‘bersembunyi’ di dalam bonet.

Carol Howarth, 65, terkejut apabila mendapati lebih 20,000 lebah meliputi hujung belakang keretanya.

Kejadian pelik itu disedari orang ramai selepas  Howarth, 65, meletakkan keretanya di kawasan parkir untuk membeli-belah.


Sekumpulan penternak lebah dan beberapa renjer taman serta orang ramai kemudiannya bertindak membantu 'menangkap' ratu lebah dan memasukkan ke dalam kotak.

Bagaimanapun akibat angin kuat, kotak tersebut terjatuh lalu menyebabkan ratu lebah itu kembali menyelinap di bonet kereta itu.

Seorang penjinak lebah daripada Persatuan Beekeepers Pembrokeshire (PBA), Roger Burns berkata mungkin terdapat benda manis di dalam kereta berkenaan.

"Ada kemungkinan ratu lebah tertarik kepada sesuatu di dalam kereta - mungkin gula atau makanan di dalam kereta.

"Saya sendiri disengat kira-kira 15 atau 20 sengatan," katanya.

Ratu Lebah

Artikel Berikut

Artikel Lain