suria

Bencana Di Sri Lanka Ragut 101 Nyawa, 100 Lagi Masih Hilang

COLOMBO: Hujan lebat berterusan di seluruh Sri Lanka yang mengakibatkan bencana banjir dan tanah runtuh setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 101 nyawa.

Pusat Pengurusan Bencana (DMC) berkata, nyawa 101 penduduk negara itu melayang minggu lalu, manakala kira-kira 100 lagi disenaraikan sebagai orang hilang terutama di daerah tengah Kegalle.

Sementera itu, pihak berkuasa tentera di kawasan 100 kilometer arah timur laut bandar ini berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa masih diteruskan dan angka kematian dijangka meningkat.

Persatuan Palang Merah pula memberitahu, 47 mayat telah ditemui setakat ini di dua kawasan kejadian tanah runtuh, manakala 180 mangsa lagi dilaporkan masih hilang.

Selain itu, pada Rabu, kerajaan Sri Lanka merayu bantuan negara luar untuk menyumbang bagi proses pemulihan semula negara itu yang dianggarkan mencecah AS$2 bilion.

Menteri Kewangan, Ravi Karunanayake berkata, 35,000 rumah musnah dalam kejadian bencana itu minggu lalu yang juga hujan paling lebat sejak 25 tahun lalu.

"Kami memerlukan bantuan paling maksimum dan mengharapkan sumbangan mencecah 75 peratus daripada jumlah keseluruhan kos pembangunan semula negara itu," katanya.




Sri Lanka, DMC, Kegalle, banjir

Artikel Lain