suria

Ibu Bertopeng Chewbacca Akhirnya Bertemu Wookie

PETALING JAYA: Seorang ibu yang gembira dan bergelak ketawa dalam videonya apabila memakai topeng Chewbacca yang telah dilihat lebih 140 juta kali, menerima satu lagi kejutan daripada pengasas Facebook Mark Zuckerberg.

Candace Payne, ibu kepada dua anak dari Texas itu dapat menghabiskan masa berkualiti dengan Chewbacca sendiri di ibu pejabat Facebook pada Selasa.

Dalam satu posting, bos Facebook itu telah berkongsi gambar Candace dan Chewbacca, kedua-duanya sedang bergembira menghabiskan masa bersama-sama.

"Kami telah menjemput Candace Payne - di mana videonya memakai topeng Chewbacca mendapat 141 juta tontonan dan kini menjadi yang paling banyak ditonton di video Facebook Live untuk datang ke ibu pejabat Facebook hari ini. Dan kami mempunyai kejutan menyeronokkan untuknya," kata Zuckerberg dalam posting yang telah dikongsi 50,000 kali dalam masa satu jam.


Artikel Berikut

Artikel Lain