suria

Bekas Guru Tuisyen Liwat Kanak-Kanak Lelaki Dipenjara Setahun

SINGAPURA: Seorang bekas guru tuisyen yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 bulan pada Khamis.

Liew Kin Wah, 46, masih bekerja di sebuah pusat tuisyen ketika dia melakukan tiga kali hubungan seksual dengan kanak-kanak lelaki berkenaan di rumahnya di Woodlands pada 27 Februari tahun lepas.

Dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan seksual; dakwaan lain diambil kira dalam menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa kanak-kanak berkenaan dan Liew mengenali antara satu sama lain pada tahun lepas melalui aplikasi, "Scruff".

Selepas berbual, kedua-dua mereka akhirnya mengambil keputusan untuk bertemua pada 27 Februari.

Pertemuan itu diadakan di stesen MRT Woodlands selepas mangsa tamat sesi persekolahan.

Mereka kemudiannya berjalan ke rumah Liew di mana kanak-kanak itu melakukan seks oral kepada Liew.

Liew kemudiannya bertindak meliwat kanak-kanak lelaki itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Chee Ee Ling berkata, kejadian itu terbongkar apabila ibu kanak-kanak tersebut mendapat tahu tentang aktiviti anaknya berdasarkan telefon bimbitnya.

Pada 20 Mei tahun lalu, ibunya membuat laporan polis.

Kanak-kanak itu menyatakan bahawa dia telah mengadakan hubungan seks dengan beberapa lelaki yang tidak diketahui sejak 2013.

Liew Kin Wah, Liwat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain