suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arya Derita Berat Cecah 140 Kg

JAKARTA: Ketika kanak-kanak sebaya dengannya sibuk ke sekolah dan menghabiskan masa lapang bermain, malangnya Arya Permanana tidak dapat merasai keseronokan itu.

Pada usia 10 tahun, budak lelaki berasal dari Desa Cipurwasari, Kecamatan Tegalwaru, Karawang itu hanya mampu duduk di rumahnya kerana mengalami masalah berat badan yang melampau.

Mencecah 140 kilogram, keadaan fizikal Arya Permanana yang luar biasa itu menyebabkan kanak-kanak berkenaan sukar bergerak dan menguruskan dirinya.

Lebih malang lagi, Arya terpaksa berhenti sekolah kerana cepat letih dan tidak mampu berjalan jauh.

Ditemubual media tempatan, Liputan6 Siang, bapanya yang dikenali sebagai Ade, anaknya dilahirkan normal, tetapi sering mengalami masalah membuang air besar ketika bayi.

Katanya, Arya tidak mempunyai selera luar biasa dan makan seperti kanak-kanak normal, tetapi berat badannya tetap meningkat dengan mendadak.

“Berat badan Arya mula naik mendadak ketika dia berusia sembilan tahun dan kini beratnya mencecah 140 kilogram.

“Sebelum ini anak saya mampu bersekolah dan dia pelajar pintar,” katanya.

Arya Permanana, Karawang

Artikel Sebelum

Artikel Lain