suria

Tebusan Ajak Perampas Pesawat Egypt Air 'Selfie'

SEORANG lelaki Britain, Ben Innes yang merupakan tebusan pesawat Egypt Air sempat merakam selfie dengan perampas pesawat berkenaan sebelum mereka dibebaskan.

Innes kemudian bertindak menghantar gambar selfienya bersama suspek iaitu Seif Eldin Mustafa didakwa menggantung bom palsu pada bandannya.

Jelasnya dalam dalam mesej yang dihantar itu:" 'You know your boy doesn't f*** about. Turn on the news lad!!!'

Innes yang berasal dari Leeds dan menetap di Aberdeen bergambar dengan lelaki Mesir itu yang memaksa pesawat berkenaan mendarat Cyprus pada Selasa.

Walaupun keadaan panik di dalam pesawat tersebut, Innes dilihat tenang tersenyum biarpun menjadi tebusan kepada Mustafa.

Rakannya di United Kingdom yang menerima mesej tersebut membalas pesanan Inner dengan kebimbangan.




Tindakan Innes itu dipercayai untuk  mendekati Mustafa  bagi membantu menenangkan tebusan-tebusan lain.

"Saya tidak pasti tujuan Innes berbuat demikian, tetapi saya bayangkan dia secara sukarela berbuat demikian," ujar rakannya, Chris Tundogan kepada MailOnline.

Bagaimanapun drama rampasan itu berakhir apabila suspek ditahan pada Selasa malam.

"Perampas pesawat sudah ditahan," kata jurucakap pegawai kerajaan Cyprus, Nicos Christodoulides menerusi laman Twitter.

Namun tiada butiran terperinci mengenai penahanan itu didedahkan.

Seorang lelaki keluar dari pesawat dan berjalan di atas landasan sambil mengangkat tangannya sebagai tanda menyerah diri.

Polis dilihat mengarahkan lelaki itu berbaring di atas landasan dan melakukan pemeriksaan terhadapnya selama dua minit sebelum membawanya pergi.

Perampas pesawat itu mendakwa memakai tali pinggang yang berisi bahan letupan semasa insiden tersebut.


Sebelum itu, suspek mendesak agar dibawa bertemu dengan wanita warga Cyprus yang merupakan kekasih lamanya yang menetap di kepulauan itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain