suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Peribadi Terhempas, Tujuh Maut Termasuk Wartawan

MONTREAL: Seramai tujuh penumpang dalam perjalanan ke majlis pengebumian maut selepas pesawat ringan yang dinaiki terhempas di Pulau Magdalen, Kanada yang terletak di lautan Atlantik pada Selasa.

Nahas itu berlaku apabila pesawat jenis Mitsubishi tersebut yang membawa wartawan dan bekas ahli Parlimen cuba mendarat dalam keadaan kabus tebal dan cuaca tidak baik.

Rakaman televsiyen tempatan mendedahkan pesawat tersebut terhempas ke kawasan bersalji di pulau berkenaan yang terletak di utara Pulau Prince Edward.

Seorang mangsa yang berjaya diselamatkan dalam nahas itu kini dilapor berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Bagaimanapun, Polis Wilayah Quebec berkata, kesemua manga yang berada dalam pesawat tersebut disahkan telah meninggal dunia.

Artikel Lain