suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Egypt Air: Suspek Rampas Pesawat Ditahan

Lelaki yang disyaki suspek perampas pesawat Egypt Air berjaya ditahan polis.

NICOSIA: Perampas pesawat Egypt Air yang memaksa pesawat itu dilencongkan ke Cyprus telah ditahan, lapor pegawai kerajaan pada Selasa.

"Perampas pesawat sudah ditahan," kata jurucakap pegawai kerajaan Cyprus, Nicos Christodoulides menerusi laman Twitter.

Namun tiada butiran terperinci mengenai penahanan itu didedahkan.

Seorang lelaki keluar dari pesawat dan berjalan di atas landasan sambil mengangkat tangannya sebagai tanda menyerah diri.

Polis dilihat mengarahkan lelaki itu berbaring di atas landasan dan melakukan pemeriksaan terhadapnya selama dua minit sebelum membawanya pergi.

Perampas pesawat itu mendakwa memakai tali pinggang yang berisi bahan letupan semasa insiden tersebut.

Polis masih belum memasuki pesawat itu 30 minit selepas suspek menyerah diri.

Sebelum itu, suspek mendesak agar dibawa bertemu dengan wanita warga Cyprus yang merupakan kekasih lamanya yang menetap di kepulauan itu.



Egypt Air, rampasan pesawat

Artikel Lain