suria

Playboy Pertimbang Penjualan Aset

NEW YORK: Playboy Enterprises, yang terkenal dengan majalah ikonik gaya hidup lelaki, pada Khamis berkata ia telah mengupah penasihat pelaburan untuk melihat kemungkinan penjualan syarikatnya.

Jurucakap syarikat memberitahu AFP bahawa pihaknya telah mengekalkan Moelis & Co untuk memeriksa jualan atau pilihan strategik lain, sekali gus mengesahkan laporan dalam Wall Street Journal.

Playboy kini tercari-cari imej baharu pada masa ini selepas akses lebih mudah kepada pornografi dalam talian, dan ia kini dikawal oleh Rizvi Traverse Management.


Sebagai sebuah syarikat milik persendirian, kewangan Playboy tidak selalu didedahkan kepada umum.

Edaran majalah itu memuncak pada tahun 1972 dengan jumlah tujuh juta, tetapi telah menurun kepada kira-kira 800,000 edaran sekarang.

Playboy telah 'meringankan' beberapa kandungan bagi membolehkan ia disiarkan di platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dan menarik trafik pengguna internet.

Bagaimanapun majalah ini masih memaparkan Playmate of the Month, walaupun gambar-gambarnya berada dalam kategori 'PG-13', menurut syarikat itu.

Jenama Playboy, dengan logo arnab memakai tali leher, mempunyai kesan yang besar di seluruh dunia.

Hugh Hefner yang mengasaskan majalah itu pada tahun 1953 dengan menjadikan Marilyn Monroe sebagai penghias majalah dan membantu merangsang revolusi seksual dari tahun 1960-an dan 1970-an.

Artikel Lain