suria

Pengebom Berani Mati Didakwa Sebagai Ketua Pembuat Bom

PENGEBOM berani mati yang dipercayai meletupkan diri di lapangan terbang Brussels didakwa sebagai ketua pembuat bom yang dikehendaki berikutan serangan di Paris.

Akhbar Perancis, Le Monde melaporkan, Najim Laachraoui merupakan individu yang terbunuh dalam letupan di Lapangan Terbang Zaventem, Brussels pada pagi Selasa bersama Brahim el-Bakraoui.

Laachraoui dikatakan bersama suspek yang masih hidup dan menjadi buruan polis sebelum letupan itu berlaku.

Laachraoui sebelum ini dinamakan sebagai pengganas dikehendaki bersama Salah Abdeslam yang telah ditahan di Brussels pada minggu lalu.

Lelaki itu disenarai sebagai suspek serangan Paris kerana ujian DNA pada tali pinggang yang ditemui di Bataclan sepadan dengannya.

Dalam serangan di Paris, seramai 130 terbunuh.

Artikel Sebelum

Artikel Lain