suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek Letupan Bom Brussels Ditahan - Media Belgium

Foto tidak bertarikh yang dikeluarkan pada 21 Mac 2016 oleh polis persekutuan menunjukkan gabungan dua gambar Najim Laachraoui. -AFP

BRUSSELS: Polis Belgium pada Rabu menahan Najim Laachraoui, suspek utama dalam serangan bom di lapangan terbang Brussels.

Suspek juga dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek utama dalam insiden pembunuhan beramai-ramai di Paris pada November lalu, lapor media Belgium.

Akhbar La Derniere Heure dan penyiar RTL berkata, Laachraoui ditangkap di daerah Anderlecht di Brussels.

Menurut laporan itu lagi, dia juga adalah orang yang ketiga gambarnya dikesan dalam rakaman CCTV di lapangan terbang bersama dua pengebom berani mati yang meletupkan diri mereka pada Selasa.

Pihak berkuasa tidak mengesahkan laporan itu tetapi pendakwa persekutuan Belgium dijangka mengadakan sidang akhbar.

Artikel Berikut

Artikel Lain