suria

IS Dakwa Bertanggungjawab Serangan Bom Di Brussels

KAHERAH: Kumpulan militan Negara Islam (IS) mendakwa bertanggungjawab terhadap dua serangan bom yang mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang di Brussels pada Selasa.

Perkara itu dimaklumkan kumpulan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di akaun rasmi Telegramnya. 

Keadaan kereta api dalam serangan bom di stesen Malbeek di Belgium.

Serangan bom berani mati pertama dilakukan di terminal lapangan terbang Brussels.

Manakala, letupan bom kedua berlaku di stesen metro Maelbeek di ibu negara Belgium.

Orang awam meninggalkan bagasi masing-masing bagi menyelamatkan diri.

Dipercayai dua lelaki berpakaian hitam melakukan serangan berani mati di terminal lapangan terbang, manakala seorang lagi suspek berpakaian kot putih dan topi hitam berjaya melarikan diri.

Imej ketiga-tiga suspek berjaya dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Pihak polis kini melancarkan operasi besar-besaran bagi memburu suspek berkenaan. - Reuters

IS

Artikel Lain