suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurusolek Artis Rakam Selfie Sebelum Pesawat Terhempas

SEORANG jurusolek artis memuat naik gambar selfie terakhir di laman sosial sebelum dia terbunuh dalam nahas pesawat FlyDubai di selatan Rusia pada Sabtu lalu.

Anna Sergeeva, 25, berada di Dubai sejak enam bulan lalu sebelum berlepas pulang menaiki pesawat yang membawa 62 individu termasuk kru penerbangan.

Gambar itu dirakam Anna sebelum pesawat tersebut berlepas dan terhempas Rostov-On-Don - kesemua penumpang dan kru terbunuh.

Rakannya, Katrina berkata, Anna bekerja di Dubai bagi membantu emak dan adiknya yang berusia 11 tahun dan tinggal di Kharkiv.

Kehilangan jurusolek itu bukan sahaja mengejutkan rakan-rakan tetapi turut menjadikan keluarganya hilang tempat bergantung.

Serpihan pesawat FlyDubai yang terhempas di Rusia.

Rusia, FlyDubai

Artikel Lain