suria

Obama Redah Hujan Lawat Havana

Obama bersama ahli keluarganya terpaksa menggunakan payung ketika melawat Old Town di tengah bandar Havana.

HAVANA: Hujan lebat, laluan yang lenggang dan gerombolan anggota polis - itulah gambaran ringkas sambutan yang diterima Barack Obama pada Ahad apabila menjadi presiden Amerika Syarikat pertama melawat ibu negara Cuba dalam tempoh 88 tahun itu.

Sebaik pesawat Air Force One mendarat, hujan mulai turun, yang pertama sejak berminggu-minggu bandar itu mengalami cuaca kering.

Sebaik Obama serta ahli keluarganya tiba di pusat bandar, hujan semakin lebat hinggakan laluan yang digunakan untuk membawa tetamu kehormat itu lenggang tanpa sambutan di kalangan penduduk tempatan.

Bagaimanapun, situasi sambutan yang agak dingin itu diselamatkan dengan kehadiran anggota polis berpakaian preman yang memenuhi setiap ruang di sekitar bandar lama yang bersejarah itu.

Faktor keselamatan juga menyebabkan suasana di ibu negara itu lenggang, kecuali anggota pasukan khas berada di bumbung bangunan untuk mengawal keadaan sepanjang lawatan rasmi tiga hari itu.

Umumnya, bandar itu hanya anggota polis, pelancong asing sahaja yang berada di sekitar kawasan tarikan ramai itu, manakala rakyat Cuba seolah-olah tidak dibenarkan berada di lokasi yang dilawati Obama.

Berdasarkan tinjauan AFP, daripada 20 orang yang sedang menunggu bas berhampiran zon kawalan yang ditutup, hanya dua adalah rakyat tempatan.

"Mungkin pihak berkuasa benarkan saya berada di sini kerana mereka anggap saya pelancong kerana gaya saya yang membawa beg galas.

"Sejak kecil lagi saya mendengar cerita mengenai revolusi dan kaitannya dengan Amerika Syarikat. Sekarang ia seolah-olah mengiakan perkara itu," kata Ariel Hernandez, 42.

Sebaik konvoy Obama tiba di zon kawalan keselamatan, Wanita Pertama AS, Michelle dan anak perempuan mereka bersama pengawal dan pegawai masing-masing seolah-olah hilang dalam kepungan pihak berkuasa.



Havana, Obama, Amerika Syarikat

Artikel Lain