suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Daesh Disyaki Dalang Serangan Istanbul

ISTANBUL: Siasatan kejadian serangan di sini mendapati pengebom berani mati terlibat mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh.

Suspek dikenali sebagai warga tempatan, Mehmet Ozturk yang dilahirkan pada 1992 di Gaziantep yang bersempadan Syria.

Menteri Dalam Negeri Turki Efkan Ala berkata, dalam kejadian di Istiklal itu, Mehmet membunuh diri menggunakan bahan letupan hingga mengakibatkan empat pelancong asing turut terkorban.

Katanya, Mehmet tiada rekod jenayah dan lima orang lagi turut ditahan bagi membantu siasatan.

Serangan Sabtu lalu itu membunuh lima orang termasuk Memet dan mencederakan puluhan lain.

Mangsa yang maut adalah dua rakyat Amerika-Israel, serta masing-masing seorang warga Israel dan Iran. Kejadian berlaku di kawasan yang popular di kalangan pelancong dengan kedai serta kafe selain mempunyai pejabat kerajaan. - AP


Daesh, Istanbul, Mehmet Ozturk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain