suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan Jakarta: Angka Kematian Meningkat Kepada 8

JAKARTA: Angka kematian akibat serangan pengganas di Jakarta meningkat kepada lapan orang, kata jurucakap pasukan polis pada Ahad.

Menurut jurucakap, angka kematian itu meningkat selepas seorang lagi meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Dalam kejadian serangan bom dan senjata api pagi Khamis lalu, tujuh orang maut termasuk lima daripadanya adalah suspek pengganas, manakala lebih 30 orang dilaporkan cedera. 

"Mangsa yang meninggal dunia merupakan seorang kakitangan di Bangkok Bank cawangan berdekatan," kata jurucakap polis Jakarta, Yulia Hutasuhut kepada Reuters

Mangsa merupakan warga Indonesia.

Polis menahan 12 orang yang mempunyai kaitan dengan serangan Jakarta menerusi serbuan yang dijalankan di seluruh negara, dan menemui bukti bahawa kumpulan itu merancang untuk mengadakan serangan seterusnya yang menyasarkan pegawai keselamatan dan warga asing di bandar-bandar lain seperti Bandung. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Lain